.jpg) |
SUMBANGAN
|
BAJET PERBELANJAAN RUMAH KEBAJIKAN REMAJA
|
| |
| |
|
Pihak kami ingin membetulkan persepsi masyarakat yang kekadang melihat dari sudut negatif akan rumah kebajikan ini. Tidak lain dan tidak bukan niat kami hanya ingin membantu remaja ini kembali ke pangkal jalan. Ini bukan bisnes kerana majoriti remaja ini dari keluarga miskin yang kos hidup di rumah ini ditanggung sendiri oleh pihak kami.
|
| |
| |
|
.jpg)
|
| |
| |
|
Di atas adalah bajet tahunan yang diperlukan dalam menguruskan rumah kebajikan ini. Pendapatan rumah ini hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai dan ibu bapa yang prihatin. Justeru pihak kami merayu mana-mana pihak yang berkeupayaan agar dapat membantu pihak kami menguruskan rumah kebajikan ini dengan lebih sempurna dan tersusun.
|
| |
|
Seperkara lagi pihak kami juga memerlukan bantuan kenderaan berbentuk van yang dapat menampung keperluan bergerak penghuni untuk ke mana-mana. Sukacita jika ada pihak yang sudi membantu masalah ini memandangkan pihak kami terpaksa menyewa kenderaan lain jika ada program luar.
|
| |
| Bantuan kewangan boleh disalurkan ke dalam akaun Bank Islam : |
| |
| RUMAH SAHABAT SIDIM BERNOMBOR (12-113-01-003029-1) |
| |
|
Sebarang rujukan atau maklumat lengkap boleh rujuk terus dengan Ustaz Mohd Hanafiah. Pihak kami mengalu-alukan kedatangan anda yang berhajat untuk meninjau dengan lebih dekat lagi akan kerja kebajikan ini. Sebarang perkongsian maklumat dan cadangan untuk kerja kebajikan ini amat kami alu-alukan. Semoga bantuan anda semua diganjari Allah SWT.
|
| |
| Terima kasih kami ucapkan jika sudi membantu dan mendoakan urusan kerja ini berjalan dengan lebih lancar. |
| |
| Firman Allah SWT; |
| |
|
“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman yang baik, nescaya Allah akan membayar kembali dengan berlipat-ganda, dan dia akan memperoleh pula pahala yang besar.” (Al-Hadid: 11)
|
| |
|
Sabda RasululLah SAW;
|
|
|
|
“Setiap matahari terbit, melainkan telah ada dua Malaikat di sebelah kanan dan kiri, yang satu menyeru: Ya Allah! Ya Tuhanku! Kurniakanlah ganti terhadap orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah. Yang lain pula: Ya Allah! Ya Tuhanku! Berilah kemusnahan terhadap orang yang menahan hartanya.” (Al-Hadis)
|
|
| |
|
|