PERTUBUHAN KEBAJIKAN SAHABAT INSAN DAN IMAN
( S.I.D.I.M )
‘ People,even more than things,have to be restored,renewed,revived,reclaimed and redeemed.’
Manusia,melebihi benda-benda yang lain,perlu dipulihkan semula,diperbaharui,dihidupkan semula, ditebus guna dan dirawat.
PENGENALAN
Begitulah kami di SIDIM, Kami melihat manusia ini melebihi benda-benda yang lain. Kami melihat manusia, remaja khususnya sebagai aset yang penting kepada agama, bangsa dan negara. Remaja-remaja yang terlibat dengan masalah sosial perlu dipulihkan semula, diperbaharui pemikirannya,dihidupkan semula hatinya,ditebus guna dan dirawat agar dapat menjadi insan yang berguna kelak dan yang paling penting dapat menjadi insan yang bertaraf hamba kepada penciptanya.
SIDIM adalah sebuah pertubuhan yang menyediakan beberapa buah rumah pemulihan akhlak dan akidah bagi remaja lelaki dan wanita. Sehinga kini SIDIM mempunyai 9 buah rumah pemulihan yang mana 2 diantaranya adalah rumah pemulihan bagi remaja wanita. Rumah pemulihan SIDIM dikenali sebagai RUMAH IMAN SIDIM yang sedang beroperasi di beberapa kawasan iaitu di Rawang, Gombak, dan di Terengganu. Insyaallah, dalam masa terdekat SIDIM akan menubuhkan sebuah lagi Rumah Iman di Sabah.
Alhamdulillah,dengan bantuan dan hidayah dari Allah dari tahun 2006 hingga akhir tahun 2009, seramai 585 orang remaja yang terlibat dengan masalah sosial berjaya ditarbiah kembali ke pangkal jalan.
setelah beroperasi selama 5 tahun,SIDIM kini telah membuka rumah iman wanita. Ibubapa yang mempunyai anak perempuan bermasalah dan berhasrat menempatkannya di rumah iman,sila hubungi pihak pengurusan. kami akan cuba membantu anda dengan semampu kami.
Kerjasama
Majlis Agama Islam Selangor Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 9 & 10, Menara Utara,
Bangunan Sultan Idris Shah,
40000 Shah Alam, Selangor.
Hayyaa Kreatif & Inovatif Simple Introduction and Information about Computer and World of Internet. Free Entrance Fee. Limited Seats available! Grab it now!
Al-Iman Motivation & Training
sukarelawan bebas serta pelajar-pelajar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dari pelbagai bidang dan kemahiran.
Lembaga Zakat Selangor Memberi perkhidmatan pembayaran internet, buletin, organisasi dan forum. Kendalian Majlis Agama Islam
Rakan Muda
ahli dimohon untuk menghantar 2 salinan laporan tahunan 2009 kepada ROY dan satu salinan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Kami berjanji untuk memberi perkhidmatan berkualiti dengan mesra dan berintegriti