UTAMA|

PERTUBUHAN KEBAJIKAN
SAHABAT INSAN DAN IMAN
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebajikan Sahabat Insan dan Iman Malaysia atau nama singkatannya “SIDIM”.

Dengan bantuan dan hidayah dari Allah, SIDIM telah berjaya merawat dan memulihkan 380 orang remaja sehingga akhir disember 2008. dan pada tahun 2009 pula, seramai 150 orang remaja lelaki dan perempuan telah dirawat.
|
OBJEKTIF PENUBUHAN PERTUBUHAN KEBAJIKAN SIDIM # Membawa diri,keluarga dan masyarakat kepada Allah.
# Menubuhkan pusat-pusat pemulihan bagi tujuan merawat,memulih serta mendidik generasi umat islam yang terjebak dengan gejala sosial supaya kembali ke pangkal jalan.
# Membentuk serta menanam sifat-sifat keimanan dalam memulihkan generasi muda islam yang jauh terpesong dan dapat dijadikan insan contoh rakan sebaya yang akan membimbing rakan atau kenalan mereka dahulu.
# Memberi pembelaan kepada pemuda dan pemudi islam yang terjebak dalam anasir-anasir yang tidak sihat,supaya kembali sebagai insan yang akan dihormati dalam konsep modal insan.
# Memberi pendedahan kepada ahli-ahli dari segi latihan serta semangat supaya dapat disampaikan kepada masyarakat dalam membentuk generasi yang menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
# Sentiasa menjaga kebajikan ahli-ahli dalam konteks ukhuwwah dan membantu dalam membina hidup baru yang lebih bermakna.
# Membentuk satu jaringan kerjasama dengan semua pihak tidak kira dari badan kerajaan ataupun pihak swasta serta kesemua badan bukan kerajaan (NGO) dalam membentuk modal insan yang berkualiti. |
KLASIFIKASI PELATIH DI SIDIM Bukan semua lahir sempurna,bukan semua lurus jalan hidupnya dan bukan semua orang indah cerita hidupnya.
Inilah kenyataan yang kita harus hadapi dalam hidup ini. Allah telah mencipta manusia, dan manusia itu dicipta bersifat lemah. Begitulah juga kisah remaja-remaja yang telah ditempatkan di rumah Iman Sidim. Mereka tidak terkecuali melakukan kesilapan dan tersilap langkah dalam meniti hidup yang penuh dengan pancaroba ini.

>> Read more
|
KAMI MERAWAT MENGGUNAKAN KAEDAH "PSYCHOSPIRITUAL THERAPY" Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Rumah Sahabat SIDIM (Rumah IMAN)

>> Read more
|
|